Saya terbeli insurans ni sebab penjual insurans tu sangat sopan orangnya.  Nama insurans tu pun saya tak tahu apa.  Sebab dapat panggilan dari RHB bank, teruslah orang tu jelaskan semua pasal insurans dan yang bestnya kalau dah capai tempoh matang, kita akan dapat balik duit tu tapi tak semua la, cuma beberapa % sahaja (lupa berapa %).  Lepas panjang lebar orang tu bercakap, telinga saya pun dah panas, hari pun tengah hujan lebat pula tu, tak pasal pasal nati kena sambar petir 😅.  Saya setuju sajalah, kena bayar wang pendahuluan dalam RM142.90 guna debit kad (tapi saya guna akaun bank lain la, bukan akaun RHB).  Selepas membuat bayaran, orang tu pun bagitahu la akan pos borang untuk isi maklumat waris & polisi insurans sekali dalam tempoh 14 hari selepas bayaran dibuat.

Okey, sekarang nak cerita pula macam mana boleh nak stop / cancel insurans tu....

Sudah lebih 14 hari berlalu, email dari pihak insurans pun tak dapat, polisi insurans yang orang tu pos cakap nak pos pun tak dapat lagi.mmmmmmmmmmmmm.
Fikir-fikir balik, daripada saya bayar insurans, bagus saya simpan ja duit tu dalam ASB, kalau saya matipun  waris saya boleh tuntut juga, kalau sudah tua/ dalam kesusahan nanti pun saya boleh keluarkan duit ASB tu, dan yang penting 100% duit yang saya simpan dalam ASB, 100% saya yang punya siap ada bonus lagi 😁. 

Mula-mula pening juga sebab tak tahu insurans apa yang saya beli haritu.  Tiba-tiba terfikir kalau insurans tu ambil duit dari akaun saya, mesti ada rekod dalam bank statement kan.  

Terjumpalah Tokio M 30

Terkejut juga tengok bank statement tu, Tokio M 30??? Bukan RHB ka??? Cari di Google, rupanya nama penuh dia adalah Tokio Marine Life Insurance Malaysia Berhad.

Dah tahu nama kompeni tu, terus search pasal macam mana cara batalkan insurans.  Baru saya tahu nak batalkan insurans tu dikenali sebagai PEMBATALAN POLISI INSURANS..  Terdapat banyak format surat dan cara-cara untuk batalkan polisi insurans.  Tetapi tidak ada pun pasal cara batalkan polisi insuran Tokio ni.  Jadi terpaksalah saya fikir sendiri caranya.


Step Permata
Memberanikan diri untuk hantar email kepada kompeni Tokio tu bahagian customer care.  Saya taip dalam Bahasa Malaysia ja.

Email untuk pembatalan polisi insurans
Keesokan harinya saya dapat email daripada customer service.

Ni email yang saya dapat & jangan lupa download & print borang yang dia bagi tu.

Step Kedua
Isi semua dokumen yang dia dah emailkan tu.  Tetapi sekiranya anda tidak tahu number polisi atau pun nama penuh insurans tu, hantar ja email kepada customer service tu.  Disebabkan saya belum dapat lagi dokumen polisi insurans tu, saya bagi alasan (rujuk gambar dibawah ya)


Saya bagi alasan macam ni ja. Bahasa pun tunggang terbalik


Dah siap isi semua borang, boleh la pos.  Pastikan semua dokumen lengkap.  Antara dokumen tu adalah borang-borang yang kita dah siap isi tu, dokumen polisi insuran (saya belum dapat lagi, jadi tidak perlulah), dan salinan IC.  Tetapi sebelum pos, saya scan dulu semua dokumen tu dan email.  Dah email, nanti orang tu akan balas email dengan menyatakan pihak Tokio M telah menerima email tersebut beserta dokumen yang telah di scan.

😃😃😃😃😃

Mesti ada yang tertanya-tanya saya dapat balik kah duit saya????
Jawapannya YA

Tadaaaaaaa, selepas seminggu, saya pun terima SMS macam ni
Selang 2 hari saya pun check akaun, dan memang duit tu dah dipulangkan ke dalam akaun saya.

Kesimpulannya, perkhidmatan Tokio M ni bagus juga, cepat prosesnya dan tiada paksaan pun, cuma saya rasa saya nak simpan duit tu dalam ASB ja.

Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca


SHARE 12 comments

Add your comment

  1. Bagus juga service tokyo marine ni. Sy sudah masuk 2 tahun beli insuran dia, bulanan rm885. Setakat ni belum mau cancel. Mcm ok jg sebab every year dia bagi 9% dividen. Sy punya asb dividen lagi rendah dari ini huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye, memang bagus, tapi dah ada insuran lain dari MAybank time buat loan rumah. kalau banyak sangat nanti takut tak terbayar pula.

      Padam
  2. sy mintak utk batalkan insurans ini tapi pihak customer service inform pulangan byrn hanya akan dipulangkan sebanyak 14% sahaja. potongan dh dibuat selama 19 bulan. buku polisi pun tidak dihantar spt yg dijanjikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia ada syarat tersendiri untuk pembatalan Insurans ni, sebelum 15 hari (kalau tak silap, lupa pula) selepas pendaftaran kalau nak batalkan Insurans tu baru boleh dapat 100% duit kita tu.

      Padam
  3. saya dah 3 tahun ambik insuran ni... ingat nk batalkn aje... sbb dah ada 1 insuran.. dapat balik x duit saua

    BalasPadam
    Balasan
    1. setiap insurance ada syarat dia. tapi kalau kita baru je sign up dalam 14 hari tu masih boleh dapat semula 100%. kalau dah lebih 14 hari tu memang takkan dpat 100%

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. dekat bahagian witness 2 sape yg boleh sign utk saksi?kene sign oesuruh jaya sumpah ke?

    BalasPadam
  6. Authorisation dgn withdrawal tu perlu ke?

    BalasPadam
  7. Selepas isi borang itu mahu pos surat itu macam mana?kalau mahu pos borang itu pakai alamat apa?Boleh kah kalau saya ambil gambar borang yang sudah siap diisi itu terus saya hantar email.

    BalasPadam

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS