REVIEW: MARY KAY FOUNDATION PRIMER

in , , by Chris_Sella, Mac 29, 2022

Memang saya ada jual Foundation Primer ni, tapi review ni memang saya buat jujur tau. Bukan sebab saya nak tarik perhatian orang untuk membeli.

Saya saja try guna Fondation Primer ni sebab ada offer dan kebetulan saya pun dah ada stok foundation untuk buat tester. 

 

Mula-mula buka penutup Mary Kay Foundation Primer ni, bau dia macam tawar, tak tau lah nak terangkan macam mana, tapi memang tiada bau wangi pun. Tekstur dia pula macam gel jernih je. Kemudian saya sapukan dekat wajah guna jari jerrr. Jangan kasar sangat, buat macam layang kan jari, bukan tonyoh macam sapu krim skincare tu. Letak nipis je, jangan tebal sangat, Nanti rasa wajah tu macam tak selesa kalau tebal sangat.

Dah nama pun Foundation Primer kan, jadi selepas itu saya gunalah Mary Kay Timwise 3D Foundation. Hasil dia memang nampak wowwwww. nampak lebih flawless dan perasan cantik sekejap. Saya memang ada masalah por-pori besar.tapi lepas guna foundation primer dan foundation terus lupa sekejap tentang pori-pori saya tu. Dan yang lagi best, foundation tak bercapuk.

Dah guna barulah saya baca kelebihan Foundation Primer ni. Selalu dengar Primer ni membantu makeup untuk tahan lama dan pori-pori dapat disembunyikan. Rupa-rupanya ada beberapa kelebihan lain tentang Mary Kay Foundation Primer ni.

1) Bertindak sebagai foundation base
2) Mengandungi SPF 15
3) Makeup tahan lebih lama sehingga 8 jjam
4) Memberi kesan makeup sekata, halus & licin 
5) Mengurangkan penampakan pori-pori, garis halus, parut jerawat dan tona tidak sekata

Kalau korang berminat dengan Foundation Primer ni, boleh hunbungi saya melalui link ni: https://linktr.ee/Chrissella


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella
SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS