BEST SANGAT KE MASUK UNIVERSITI?

in , by Chris_Sella, Oktober 28, 2021


Disebabkan ramai yang tanya auntie dulu study dekat Universiti mana, study apa, mahal kah kalau masuk U, best ke masuk U?

Sumber: Google Images

Dulu masa saya sedang belajar tingkatan 6 di SMK Rosli Dhoby Sibu (haaahhh akhirnya tau juga saya ni sekolah mana), adalah beberapa cikgu yang lebih tua 7 atau 10 tahun macam tu lah dari saya. 

Cikgu pertama ni lelaki, dia cerita masa dia masuk U dulu hidup dia mewah, setakat seluar jean RM400 tu dia beli cash tutup mata je. Jumpa ramai kawan, boleh melancong dengan kawan-kawan. Semua yang best-best lah dia cerita.

Cikgu kedua pula, cikgu perempuan dari semenanjung, cikgu sorang ni manja sikitlah, sampai nangis dalam kelas juga. Dia cerita masa masuk U tu memang best, dapat kenal ramai orang, dapat buat kerja sosial kat kampung-kampung, dapat melihat tempat orang, time graduation dia ada buat dinner beramai-ramai dengan student lain. semua yang best-best lah dia cerita.

******************

Okey sekarang giliran saya pula cerita. 

Pada satu masa, dimana saya melangkah masuk ke U di Sarawak. Jangan nak haaa terkejut beruk sangat, saya ada Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian tau, walaupun muka ni tak ada rupa lulusan U. 

Macam biasa pada awalnya akan ada sesi orentasi, dan saya tak suka orang jerit-jerit lepas tu ada juga yang si "Angle" menjadi tukang pujuk. Mungkin bagi korang yang membaca ni suka aktiviti orentasi "buli" sikit ni kan. Saya memang tak suka budaya orentasi macam tu. Saya masuk U sekali dengan kawan sekelas time form 6 dulu, jadi ada geng lah. Selesai sesi orentasi, kami berdua masuk interview PALAPES Darat. Kami masuk PALAPES ni bukan sebab minat nak jadi askar, tetapi sebab boleh duduk kolej penginapan dalam U (tak perlu susah-susah fikir nak sewa kat luar U yang mahal), dapat makan free setiap kali ada latihan, dapat elaun kalau join latihan, dan banyak lagi. 

Okey, saya tinggal tentang kehidupan di PALAPES tu, sekarang saya nak cerita tentang apa yang cikgu saya tak bagi tahu saya tentang betapa seronok atau susah kehidupan dalam U.

******************

1) Assignment atau kerja rumah

Cikgu saya tak cakap pun betapa seksanya nak siapkan assigment, lebih-lebih lagi kalau kita dapat group free rider.

Kalau dekat sekolah biasanya kita diberi kerja rumah hari ini dan perlu dihantar esok. Tetapi semasa saya dekat U dulu, assigment akan diberi dalam minggu kedua atau minggu ketiga, dan diberi masa sebulan atau lebih untuk siapkan assigment tersebut. Satu course atau satu mata pelajaran akan diberi 2 assignment atau lebih. Haaaaahhhhh best kan sebab tak perlu nak terkejar-kejar untuk siapkan tugasan. 

Saya paling suka kalau asigment individu sebab saya akan berusaha untuk siapkan secepat mungkin dan markah pun sendiri yang tentukan. Kalau nak markah tinggi, perlulah buat kajian dan baca banyak info, paling-paling pun bertapa dekat library.

Bukanlah saya cakap group assigment tu tak best, lebih-lebih lagi kalau dapat bergroup dengan orang yang bijaksana dan rajin, sebab sekali gus markah pun akan tinggi. Tapi, kalau kita ni jenis yang kurang bijak dan tak ada kawan, lepas tu susah nak cari group assignment, dan tiba-tiba dapat kekosongan dekat group yang pemalas. mmmmmm korang rasa markah asigment tu macam mana? Dan yang menyedihkan korang menyiapkan group assigment tu sorang-sorang je.

Kalau dapat penyarah yang baik budi bahasanya tu kiranya bertuahlah. Tapi kalau dapat penyarah yang bajet lebih tu, korang yang lemah tu akan dianggap sampah. Pengalaman saya, assigment saya pernah dibaling masuk tong sampah depan saya dan pelajar lain. dia cakap saya hantar "SAMPAH" untuk dia baca. Sedih juga sebab saya print tebal-tebal guna duit papa saya. Dan buang banyak masa untuk hantar "sampah". Alasan dia, nanti saya kerja akan dapat majikan lebih teruk dari tu. Dan dia juga bagitahu bahawa saya tak kan dapat kerja yang baik. Semua tu kenangan saya bersama pensyarah "sampah" saya, kalau saya jumpa dia sekarang, saya nak bagitau dia "sampah" yang dia buang dulu dah ada nilai yang tinggi lebih dari A student dia. Cihhhhhh sakit hati saya tau.

Assignment ni tak semestinya maklumat tu terhad kepada buku yang ada dalam perpustakaan jerr tau, tetapi ada assignment yang memerlukan pelajar untuk keluar menemuramah orang luar. Kadang-kadang perlu buat perbentangan tenteng kajian tu. 


2) Gagal dalam peperiksaan.

Semua orang pun takut gagal dalam peperiksaan. Dekat U ada course yang meletakan keseluruhan markah diambil sebanyak 60% dari assigment dan 40% lagi dari peperiksaan. Jadi buatlah sebaik mungkin untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam assigment anda. dan buat yang terbaik dalam peperiksaan supaya anda akan dapat A+ dalam keseluruhan course tersebut.

Seandainya gagal dalam course yang diambil, kebiasaannya pelajar akan mengulangi course tersebut pada semester yang akan datang. Sekiranya masih lagi gagal, ulanglah sampai lulus dan bayar lah untuk course tersebut. Kalau taknak ulang course tersebut, nanti sewaktu graduate, dalam sijil tidak akan ada status "kepujian". Contohnya "Ijazah Sarjana Muda" dan kalau lulus semua course yang dipelajari nanti akan dapat sijil "Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian". Kalau level diploma / master / PHD tu saya tak pasti pula.


3) Tinggal di kolej kediaman atau sewa rumah

Berdasarkan pengalaman saya (kalau U lain tu saya tak pasti). Pelajar tahun 1 kebiasaannya akan tinggal di kolej kediaman yang disediakan oleh pihak U. Manakala untuk terus tinggal di kolej kediaman sampai habis pengajian, pelajar perlu aktif dalam aktiviti kolej kediaman. Pilihan kedua pula pelajar boleh melibatkan diri dengan aktiviti PALAPES kerana mereka mempunyai kolej yang khas untuk anggota PALAPES sahaja. 

Pilihan untuk sewa rumah atau bilik di luar kampus juga bukan satu keputusan yang mudah. Kalau sewa rumah, perlu cari orang untuk sama-sama menyewa, lain lah kalau memang mampu sewa 1 rumah tu sorang-sorang. Yang menyewa ramai-ramai pula kadang-kadang dapat housemate yang pemalas dan buat kawan-kawan dia macam kuli kemas rumah dan basuh pingan mangkuk dia. Ada juga housemate yang liat nak bayar sewa dan bill. Tapi kalau serumah dengan orang yang rajin dan beradap, sesiapa pun akan rasa selesa dan harmoni kannn. 

Kalau sewa bilik, paling best kalau ada bilik air dalam bilik tu, jadi tak payah nak kongsi dan tunggu giliran. Balik kelas masuk bilik sendiri dan buat kerja sendiri, kalau ada tingkap dan tempat sidai baju dalam bilik tu, secara automatik bilik jadi mini studio, lebih privacy katakan.


4) Bajet

Part ni ramai pelajar yang nyawa-nyawa ikan. Saya dulu tak adalah senang sangat dan tak adalah susah sangat. Makan tu agak-agak RM10 sehari, kalau nak jimat beli beras, telur dan kicap, lepas tu masak sendiri, alas perut jeeerrr yang penting kenyang. Untuk bajet cuci baju pula memang RM20++ seminggu sebab cuci sekali seminggu guna dobi 24jam self service. Yang ada mesin basuh kat rumah, waktu tak ada kelas, bolehlah cuci dan sidai sendiri lagi jimat.

Bajet untuk print assignment semua tu bolehlah jimat sebab memang ada service printing murah yang berdekatan. Tapi kena siapkan assigment tu awal lah, sebab nanti risau printer rosak atau tak ada elektrik. Saya dulu sebab boyfriend roommate memang ada printer sendiri, jadi senang sikitlah buat kerja.

Itu baru bajet print assignment, belum lagi bajet keluar buat assignment untuk menemuramah penduduk setempat atau luar kawasan. Jadi semua ahli kumpulan perlulah keluarkan bajet sewa kereta, sewa hotel, makan, dan sebagainya.

Bajet lebih untuk shopping dan merayau dengan kawan-kawan. Tipulah kalau pelajar ni tak suka keluar bersiar-siar dengan kawan-kawan kannn. Tapi kalau memang betul ada bajet tu tak apalah, jangan lah sampai minta dekat mak bapak duit untuk bersiar-siar, bukan senang dorang nak cari duit untuk tampung bajet shopping anak-anak yang belum pasti berjaya di Universiti tu. Jadi pandai-pandai lah berjimat.

Balik kampung pun ada bajet juga tau. ramai yang suka balik kampung pada pertengahan dan akhir semester. Macam saya dulu, pantang cuti jerrr terus hilang balik kampung. 

Memang banyaklah pasal bajet ni, internet pun termasuk dalam bajet juga, Lebih-lebih lagi rumah yang tak ada wifi.


5) Kawan

Berkawan biar seribu berkasih biar seorang. Cehhhhh.. Memang saya jumpa ramai kawan dekat U, dan macam-macam ragam kawan, tapi itu hanyalah kawan. Saya ada 2 orang kawan baik, semoga mereka sihat selalu sebab kami memang susah sama-sama, senang sorang-sorang. Mana taknya, bila kawan graduate dulu dari kita, mesti kita tinggal sorang-sorang dah dekat U tu. 

Dekat mana-mana pun sama jerr rasanya, kawan makan kawan, kawan curi assignment kawan, dan sebagainya. Jadi pandai-pandailah hidup.


Sekian sahaja saya membebel. Sebenarnya masuk U ni adalah pengalaman yang sangat indah. Jadi belajarlah bersungguh-sungguh dan menfaatkanlah zaman belajar itu dengan baik. Nanti dah habis belajar, korang tak akan jumpa dah kawan-kawan yang sama U tu. Dan pinjaman pendidikan pun akan menjalan tugasnya kejar korang untuk bayar hutang.. hahahahahaha... Bagi yang bertuah dapat Dean list bolehlah dapat diskaun pinjaman pendidikan tu, atau keluar U jer terus kerja dan terus start bayar. 

Apa-apa pun ini hanyalah pendapat dan kenangan saya sahaja. So anda pun boleh cipta kenangan terindah anda sendiri semasa di Universiti.


****************
Sekian sahaja diari Chrissella pada kali ini
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Chrissella

SHARE 0 comments

Add your comment

© Diari Chrissella · THEME BY WATDESIGNEXPRESS